Powered By Blogger

Selasa, 5 Oktober 2010

Contoh dan Format Nota Kaki APA style

APA ( American Psychological Association)

Kebanyakan universiti di Malaysia memberi kebebasan kepada pelajarnya memilih mana-mana sistem nota rujukan/ bibliografi dalam penulisan tesis atau disertasi pelajar namun demikian pelajar perlu mengikut secara konsisten terhadap kaedah penulisan yang dipilih oleh mereka samada APA. Bagi IPGM pula sistem yang perlu digunakan dalam penulisan ilmiah, tugasan, kertas projek khususnya dalam KKBI ialah sistem APA

APA Sistem

A. Penulisan Nota Rujukan Gaya APA Sistem

Rujukan yang dinukilkan dalam teks, samada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak hendaklah direkodkan. Sebagaimana sistem Harvard, menulis nota rujukan gaya APA juga mengambil kira sumber rujukan atau bahan samada buku, jurnal, tesis, laman Web dan sebagainya.

1. Kaedah Menulis Nota Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku
Apabila mengunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:

(i) Meletakan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contohnya:
“Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan”.

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:
“Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu factor yang menyebabkan guru pendiddikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005)”

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contohnya:
“Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa”

(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama. Contoh:
“Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et.al, 1995)”

(v) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan bagi pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

“Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver (Puget dan Albert, 1994a)

“Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b)


2. Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain Daripada Buku

i. Jurnal
Contoh Jurnal:
Herrington, A.J (1998). The Prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of Abnormal Psychology, 90, 575-585
Cara menulis dalam teks:
Menurut, Herrington (1998)……………

ii. Tesis
Contoh tesis:
Fadilah Kamsah (2000). Kesedaran IT di kalangan Kakitangan awam: Satu Tinjauan. Unpublished thesis. UiTM: Fakulti Pengajian Maklumat.
Cara menulis dalam teks:
Fadilah Kamsah(2000), mengatakan bahawa……….

iii. Bahan dari Laman Web
Contoh Web
Clinton, J.E.(1999 september). Malaysia justice on trial. E. Journal. 4(4):12-15. Retrieved October 21, 2000, from the World Wide Web:http://www@babyrib.clnt.gov.com.
Cara menulis dalam teks:
…………….(Clinton, 1999).

B. Penulisan Bibliografi Gaya APA

Bibliografi ialah nama yang diberikan untuk senarai buku-buku, manuskrip dan dan lain-lain penerbitan yang dirujuk , diterang dan disusun secara sistematik. Ia terdapat dibahagian belakang akhiran sesebuah penerbitan bercetak. Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut:
i. Mengikut turutan abjad
ii. Mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit
iii. Baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)

Berikut ialah contoh-contoh bibliografi mengikut kaedah APA
Bahan bercetak

• Buku: Tiada Pengarang

A World of Strangers: Order and action in urban public space.(1999).2nd.ed. New York: Basic
Books.
• Buku:Seorang pengarang

Lofland, L.(1999). A World of Strangers: Order and action in urban public space. New York:
Basic Books.

• Buku : Dua Pengarang
Lofland, L & Taylor, I (1999). The New Criminalogy: For a social theory of deviance. New York:
Harper & Row

• Buku: Tiga Pengarang
Lofland,L., Young, J. & Taylor, I (1999).The new criminology: For a social theory of deviance.
New York: Harper & Row

• Buku: Lebih dari tiga Pengarang
Lofland, L., et.al (1999). The new criminology : for a social theory of deviance. New York:
Harper & Row.

• Buku Terjemahan

Rank. O. (1932). Psychology and the soul ( William Turner, Trans.) Philadephia: University of
Pennsylavania Press.

• Buku dikarang oleh Badan Korporat
Commision on intergoverment relations (1995). Report to the President. Washington, DC: Author.
Committee of public finance. (1999). Public Finance. New York:Pitman

• Buku Yang disunting

Friedman, R.J., & Katz, M.M. (Eds.) (1974). The psychology of depression: Contemporary theory
and research. New York:Wiley.

• Manuskrip yang tidak diterbitkan
Hardison, R. (1983).On the shoulders of giant. Unpublished manuscript
• Artikel dari Majalah
Klinger, E. (2000, August). The power of daydreams. Psychology Today. 36-44. Shuttle crew
studying ozone layer in atmosphere. (2000, April). Time. 34

• Artikel dari Akhbar
Mohammed Azam Noor. (1999, 3 july).’Why Ziana Zain as literary person for 1998?’ New Straits
Times : 25

• Artikel dari Jurnal

Herrington, A.J. (1998) The prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of
abnormal psychology, 90, 575-585.

• Tesis
Raihaniah Zakaria (2007). Tuan Guru Haji Zakaria b. Ismail: Sumbangannya Kepada
Perkembangan Pendidikan dan Politik Islam di Negeri Kelantan. Unpublished thesis,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya: Jabatan Akidah.

• Doctoral Dissertation
Smith A.B. (1999). Anlysis of interaction process and sociometric relatins developed during
theraphy with offenders on probation. :Unpublished doctoral dissertations. New York:
New York University.

• Seminar/Proceeding
Ali Hanafiah, Datuk & Tun Shah Ashari. (12-17 August 1999). ‘The effect of DNA testing on
convicted felons in Malaysia’. In Proceeding of the International Seminar on DNA
Testing and Their Effects on Human Beings. Kuala Lumpur


• Kertas kerja persidangan
Sheehan, W.J. (1999, April). Wicked as hell itself:women in prisons of Georgian London. In
the meeting of The Academy of Criminal Justice Sciences. U.K. : Georgia.

• Laporan

Organization for Economic Cooperation and Development. (1983). Assessing the impacts
of technology on society. (Report). Washington DC: U.S.G.P.O.

• Kaset Audio
Kenny, G. (producer & singer). (1996). Kenny G the moment [cassette]. New York: Arista Records, Inc.

• Filem/Pita Audio
Habsah Hassan (producer) & Othman Hafsam (director). (2000). Soal Hati [Film]. Kuala Lumpur: Serangkai Film Sdn Bhd.
Capra, F. (Director & Producer). (1934). It happened one night [Film]
Capra, F. (Director & Producer). (1999). It happened one night [Videocassette]

• Bahan Permainan
Chess Set (1999). [Game] Selangor, Malaysia: Syarikat Perusahaan Plastik Ban Tong Sdn. Bhd

• Peta
Derbysgire, E. et al. (2000). Glacier map of Tasmania. [Map]. London: Royal Georgraphical Society.

• Gambar Potret
Rembrabdt. (1999). Two dancers on a stage.[Portrats]. London: National Gallery of Art.
• Bahan Relia
Human development models. (2000). [Realia]. Philadelphia: DCA Educational Products.


• Temuramah
Mahathir Mohamed (1999, April 20). Prime Minister Malaysia. Personal Interview. Kuala Lumpur.
• Mikrofom
James, William. (2000). The principles of psychology.[Microform]. 2nd.Ed.Los Angeles: University of Southern California.

• Program televisyen
The haze in Malaysia: impact on tourism. (2000 Disember). Majalah 3. With Norazlina Ridzwan. TV3. Damansara, Selangor: Sistem Televisyen Malaysia Berhad.

• Alat mudah alih-CD-ROM. Eg :BPO, GPO, IEEE.

• On line-INTERNET

Clinton, J.E. (1999) September). Malaysian justice on Trial. E. Journal. 4(4): 12-15. Retrieved October 21 2000, from the World Wide Web: http:www@babyrib.clnt.gov.com

• E-mail
Day, Martha. Mday@usage.uvm.edu. (30 Julay 1999). Review of film---Chicken Run. E-mail to Xia Li (XLI@moose.com).

Contoh Teks Ucapan

 Teks Ucapan Majlis Tadarus al-Quran

Yang berusaha, Puan  Rodhiah bte Ahmad Untong, pengetua SMK Balaban Jaya, yang dihormati Encik Abdul Munim Khan bin Abdul Wahid, PK 1 SMK Agaseh, PK HEM, Pn Rashida Ahmad, En. Senguan Musa, PK Ko-kurikulum, yang dihormati para hadirin jemputan, guru-guru, peserta-peserta majlis Tadarus Al-Quran dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul untuk sama-sama meraikan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah SMK Agaseh.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput ketua pelajar kita Abdul Malek bin Mohd Arwin untuk membacakan doa. Dipersilakan..

Majlis diteruskan dengan acara syarahan dan nasyid. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Rashida Ahmad, PK HEM SMKBJ untuk menyampaikan hadiah.

Dipersilakan…

Untuk acara syarahan bagi kategori lelaki, johan disandang oleh…………………, dan naib johan ……………………………..
Bagi kategori perempuan, johan dimenangi oleh……………………………., naib johan ialah………………………………..

Seterusnya, acara yang terakhir iaitu nasyid. Johan disandang oleh kumpulan………………………., naib johan kumpulan.....…………………………… dan tempat ketiga……………………………

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Rashida Ahmad.



Seterusnya, untuk menceriakan lagi majlis pada hari ini, dijemput johan bagi setiap acara berikut iaitu tilawah, syarahan dan nasyid untuk membuat persembahan.


Untuk itu, dijemput johan Qari dan Qariah iaitu………… untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Dipersilakan…..

Terima kasih….

Seterusnya, dijemput johan syarahan bagi kategori lelaki dan perempuan untuk menyampaikan syarahan masing-masing.

Dipersilakan….

Terima kasih…..

Seterusnya, untuk persembahan terakhir kita pada hari ini, dijemput johan bagi acara nasyid untuk membuat persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada pemenang-pemenang yang telah sudi menyampaikan persembahan.
Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Tadarus al- Quran peringkat SMK Agaseh.







Untuk itu, majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang, bagi yang tidak berjaya jangan putus asa dan teruskan usaha anda. Terima kasih juga pada para hadirin yang turut sudi mejayakan majlis ini.

Sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan..wassalam.





Contoh Laporan

LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU
          

Pada 15 hingga 22 Februari 2008 , Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh, Lahad Datu, Sabah telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu , Puan Hajah Sa'adah bin Haji Othman.
           
 Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami bahasa kebangsaan.
           
Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tingkatan 4dan 5 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan. Manakala bagi murid-murid Tingkatan 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan bercerita.
           
Pada hari penutup, Tuan Pengetua melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

Disediakan oleh,
   Abdul Rajak

Isnin, 20 September 2010

Contoh Prakata

Syukur ke hadrat Allah S.WT kerana dengan limpah kurnianya maka buku ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Buku ini merupakan pengenalan kepada bidang pengajian hubungan kaum dan masyarakat dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini yakni menekankan aspek untuk mendedahkan para pelajar pada tajuk-tajuk asas yang difikirkan sesuai untuk dibincang dan dibahaskan dalam kumpulan ataupun di dalam kelas di samping dikaji dengan lebih mendalam lagi.

 Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah buku yang amat mantap dari segi isi penyampaiannya. Buku ini menjelaskan konsep dan realiti hubungan kaum yang terdapat di Malaysia yang terdiri dari pelabagai bangsa dan latar masyarakat yang terdapat di negara ini. Buku ini bukan sahaja mengupas dengan lebih terperinci senario hubungan kaum pada era sebelum, pasca dan selepas kemerdekaan tetapi juga turut memberikan perhatian apa yang telah berlaku dalam hubungan kaum di negara ini pada perspektif zaman sekarang.

 Selain itu, dalam buku ini juga dibincangkan sedikit dan sekelumit tentang sejarah hubungan kaum di Malaysia dan juga menyusur galur aliran-aliran yang terlibat dalam bidang kajian ini.

 Penulisan tentang bidang hubungan etnik di Malaysia, sepanjang yang saya ketahui, merupakan percubaan yang pertama dibuat dalam bahasa Melayu. Maka saya rasa tentu banyak kelemahan dan kekurangan dalam buku ini. Oleh itu, saya menerima dengan hati yang terbuka jika terdapat sebarang pandangan dan ulasan yang membina terhadap buku ini.
Wallahu'alam.


 



 

Ahad, 29 Ogos 2010

Etika Pengurusan Agama Kristian

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambilkira tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral,prinsip moral,kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’ yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Etika boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Dengan lain perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.

Etika menurut French dan Granrose (1995) adalah : "A set of normative guidelines directed towards resolving conflicts of interest,so as to enhance societal well-being". Untuk membentuk etika yang baik, tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang itu.

Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: "…… is a systematical attempt,through the use of reason,to make sense of our individual and social moral experience in such a way as to determined the rules that ought to governed human conduct and the values worth pursuing in life".
Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu sistem yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh memberi kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itu lebih bermakna.
White (1993) pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral(virtue moral) dan menilai tindakan manusia.Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang,keagamaan,budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkahlaku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral.Socrates(469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan(virtue) dan kesihatan roh (health of the soul).Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar menjadi berakhlak mulia(virtuous).Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.
Hubungan etika dan personaliti manusia dilanjutkan oleh anak muridnya iaitu Plato(428-348B.C.) yang mengatakan bahawa moral kebaikan adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh(soul) dan alasan(reason) akan mengamblalih keperluan fizikal dengan dibantu oleh emosi.Sepertimana Socrates,Plato melihat moral kebaikan sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai dan bergantung sepenuhnya kepada peringkat pembelajaran falsafah yang tinggi dan kebenaran metafizik yang memerlukan kajian yang lama.Oleh itu,mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual.Bagi Aristotle(384-322B.C.)pula,beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat(character) atau personaliti.Aristotle mendefinisikan kebaikan moral (virtue moral) sebagai: "not…… according to the nature of the actions,but according to the dispositions of the doer". Aristotle juga mempertikaikan tentang kebaikan moral dikembangkan sepertimana kemahiran fizikal iaitu menerusi latihan dan tabiat.Bagi Aristotle,beretika adalah merupakan dimensi dalaman dalam tindakan seseorang dan kebaikan(virtue) bergantung kepada sifat bukan perbuatan(deeds) dan sifat seseorang itu dibentuk oleh setiap tindakan yang dipamerkan.Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti yang sihat.Walau bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada di dalam tangan seseorang itu.

Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya,etika moden banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah membentuk 2 persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat(consequences) yang dibuat dan tindakan itu samada betul atau salah.Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontological iaitu pendekatan kepada etika.

Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang menentukan bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri daripada tindakan dan motif orang yang beretika dalam melakukan sesuatu yang betul(right) dalam semua situasi yang dihadapi.Tindakan beretika datang dari seorang yang berakhlak mulia(virtuous) yang mengambil berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadi hamba kepada satu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam keadaan yang tertentu.

Teori Etika Teologikal dan Deontologikal adalah berkaitan dengan prinsip dan peraturan yang memperkatakan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya apakah jenis manusia yang hendak dibentuk.Teori Etika Teologikal yang juga dikenali dengan ‘consequentialism’ adalah sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat(consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan.Sementara Teori Etika Deontologikal pula adalah sejenis etika kepercayaan yang mendakwa atau menyatakan bahawa kewajipan atau tugas adalah asas kepada betul(right) atau salah(wrong).Tugas etika adalah menyediakan garispanduan kepada tindakan (action) yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral.

Dalam membuat pertimbangan tentang etika dan moral,seseorang itu tidak sahaja membuat penilaian terhadap tindakan seseorang samada betul atau salah,ia juga perlu membuat penilaian dari segi perwatakan yang baik atau buruk.Kritikan dibuat adalah secara positif atau negatif dan bukan setakat berdasarkan kepada apa yang dilakukan tetapi siapa mereka dan apakah perwatakan dalaman yang dipamerkan.Sebagai contoh, dalam satu insiden kemalangan kapalterbang yang jatuh terhempas ke dalam laut dan terdapat beberapa mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.Salah seorang daripada mangsa tersebut telah menjumpai tali dan menjalankan proses menyelamat dengan tujuan untuk mengumpul mangsa-mangsa yang berselerakan.Tanpa menghiraukan keselamatan dirinya,mangsa tersebut telah menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain ke tempat yang selamat dan akhirnya dia sendiri telah tenggelam ke dasar laut.Tindakan mangsa yang mati tadi seharusnya dipuji kerana disifatkan sebagai seorang yang berhati baik kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berkesanggupan untuk menggorbankan nyawa bagi menyelamatkan orang lain.

Etika kebaikan(virtue) memperkatakan tentang penyemaian tret berakhlak mulia(virtuous) dalam sifat seseorang sebagai antara fungsi asas perlakuan moral.Pilihan yang betul yang dibuat adalah berdasarkan kepada perasaan tanggungjawab tetapi tidak semestinya menentukan seseorang itu sebagai seorang yang berakhlak mulia(virtuous).Seseorang yang memiliki ‘ethical egoism’ bertindak kerana hanya melaksanakan tanggungjawab kadangkala dianggap sebagai tidak ikhlas dan lebih kepada memenuhi keperluan moralnya.Oleh yang demikian,kita tidak boleh menganggap mangsa yang mati tadi sebagai seorang yang berakhlak mulia dan memiliki sifat yang baik dan bermoral.Mangsa yang mati tadi boleh dipuji kerana tindakannya tetapi tidak kepada tindakan yang dibuatnya dari segi individu itu sendiri.

Dalam kes mangsa yang mati kerana untuk menyelamatkan orang lain,maklumat lain tentang mangsa tersebut tidak diketahui melainkan tindakan yang telah diambilnya untuk menyelamatkan orang lain.Sebaliknya pula dia dianggap sebagai seorang yang berakhlak mulia kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berani dengan tindakan yang diambilnya.Samada dia melakukannya kerana tanggungjawab atau tidak,adalah tidak diketahui dan mungkin tindakannya itu tidak membawa sebarang makna.Kita menganggapnya sebagai seorang hero kerana tindakannya dan menganggap dia memiliki ciri-ciri tret yang tekal dengan tindakannya.Kita percaya bahawa terdapat hubungan dengan tindakan yang diambilnya,yang mana kita boleh mempertikaikan tindakan moralnya dan dirinya sendiri daripada mengatakan etika itu adalah apa yang telah dilakukannya.Malah kita boleh katakan bahawa etika itu terdiri daripada tindakan moral yang diambil atau dilakukan oleh seseorang yang bermoral.

Mangsa yang mati kerana menyelamatkan orang lain boleh katakan sebagai seorang yang mempunyai egoism jenis ‘psychological egoism’ iaitu tingkahlaku seseorang itu dimotivasikan oleh kehendak sendiri.Adalah sukar untuk diterima bahawa mangsa itu telah meletakkan keutamaan orang lain daripada keselamatan dirinya sendiri dan mengorbankan nyawa sendiri untuk membolehkan orang lain hidup.Menerusi tindakannya itu tidak seorangpun boleh mengatakan bahawa dia melakukan tindakan tersebut kerana keinginannya sendiri.Tetapi sekiranya dikaji secara mendalam,ia akan dapat melihat bahawa tindakan mangsa tersebut mempunyai unsur-unsur keinginan sendiri(self-interest).Mangsa yang membantu dalam menyelamat tadi mungkin telah wujud di dalam dirinya perasaan integriti yang menyebabkan ia berkorban dalam situasi tersebut.Untuk ia melakukan sesuatu yang lain adalah mustahil kerana ini akan merosakkan imej dan integriti dirinya sendiri.Sekiranya dia membiarkan dirinya diselamatkan dan menyebabkan orang lain mati,dia mungkin tidak dapat meneruskan hidup kerana merasa malu kepada keluarga,rakan dan seterusnya timbul perasaan menyesal sepanjang hidupnya. Jadi dia tidak mempunyai pilihan selain daripada bertindak berdasarkan imej yang telah dibentuk untuk sekian lama. Dia samada boleh membiarkan orang lain menyelamatkannya dan ini akan merosakkan psikologinya atau dia menyelamatkan orang lain dan merosakkan dirinya secara fizikal.
Mangsa tersebut juga mungkin membuat satu andaian secara tidak sedar tentang kebaikan selepas mati di mana dia menerima pujian daripada rakan-rakannya dan dianggap sebagai seorang yang tidak mementingkan diri sendiri. Mangsa tadi mungkin juga mempunyai sifat ethical egoism iaitu melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi dan dalam keadaan ini dia menganggap tindakannya itu sebagai satu ganjaran kepada sifat superegonya itu di mana sekiranya dia tidak melakukan tindakan tersebut dia mungkin menyesal kerana tidak bertindak dan seterusnya menjadi hero dalam situasi tersebut.

Sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Etika kebaikan adalah berkaitan dengan sifat-sifat semulajadi,tabiat atau tret yang dimiliki oleh seseorang atau keinginan yang dimilikinya. Moral kebaikan boleh dikatakan sebagai sifat semulajadi yang kekal,tabiat atau tret yang berkaitan dengan moral yang terpuji. Dengan kata lain,kebaikan(virtue) adalah berhubung dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti sehariannya. Etika kebaikan adalah berasaskan kepada keadaan semulajadi daripada apa yang telah dilakukan.
Falsafah tentang kebaikan adalah berbeza dan bergantung kepada kewujudan dalam kehidupan moral seseorang itu.Agama Kristian menyatakan bahawa kebaikan kesetiaan(virtue of faith),pengharapan(hope) dan kasih sayang(love) sebagai tret utama dalam sifat-sifat yang bermoral.Ini boleh ditambahkan lagi dengan kearifan (wisdom),keberanian(courage),kesederhanaan(temperance) dan keadilan(justice) yang mana merupakan kebaikan yang diperkenalkan oleh para ahli falsafah purba Greek.Kearifan, keberanian, kesederhanaan dan keadilan merupakan kebaikan utama dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain serta moral kebaikan yang lain dipercayai sebagai cabang daripada kebaikan-kebaikan di atas.Kebaikan yang berkaitan dengan keadilan(fairness),kesetiaan(faithfulness) dan mengenang budi(gratefulness) juga dipercayai atau merupakan kualiti yang seharusnya dimiliki dan ditunjukkan oleh seseorang yang bermoral.Dalam islam,kesanggupan meniru sifat-sifat ketuhanan seperti takwa,keimanan,sabar,ikhlas,jujur,zuhud dan segala sifat kesempurnaan Allah S.W.T. yang lain merupakan syarat kesempurnaan etika. Pembentukan etika yang berkesan adalah menerusi hati daripada sebarang perkara lain melainkan Allah S.W.T. dan pencetusan etika yang terpuji adalah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta bertunjangkan akidah,syariah dan akhlak.

Aristotle mengatakan bahawa moral kebaikan secara umumnya adalah ciri-ciri terpuji yang dimiliki oleh sifat seseorang dan telah wujud dalam diri seseorang.Seorang yang berakhlak mulia(virtuous) adalah seorang yang mempunyai matlamat dan berada dipertengahan dan tidak keterlaluan serta mengelakkan tindakan yang berlebihan atau berkurangan.Imbangan sifat keterlaluan ini ditentukan menerusi tindakan kearifan(wisdom) oleh seseorang yang mempunyai pengalaman dan mempunyai kemahiran pertimbangan(judgement) dalam menghadapi sesuatu situasi yang baru.Seseorang yang memiliki wisdom tahu akan matlamat yang hendak dituju dan apa yang hendak dicapai dengan memelihara emosi dengan baik dan di samping memperlihatkan imbangan yang sesuai di antara taakulan(reasoning),perasaan(feeling) dan kemahuan(desire).
Dengan yang demikian terdapat sedikit perbezaan antara kebaikan dalam etika dengan dalam prinsip etika di mana kebaikan dalam etika menfokuskan kepada tret-tret sifat yang seharusnya dimiliki oleh seseorang dan berpegang kepadanya serta diperlukan dalam mengarah seseorang itu ke arah tindakan yang beretika dan apa yang seseorang akan menjadi kelak.Seseorang yang berpegang kepada etika kebaikan seharusnya mempercayai teori etika bahawa kebaikan yang dilakukan oleh seseorang yang berakhlak mulia bukan satu yang dapat melambangkan kewajipan manusia.

Memandangkan Teori Kebaikan(Virtue) tidak menfokuskan kepada tindakan,timbul satu persoalan: Bagaimanakah teori ini boleh menentukan betul atau salah sesuatu tindakan itu?. Sebagai contoh,terdapat dua orang yang dianggap sebagai berakhlak mulia dalam semua tindakan seharian mereka dan kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu masalah. Keadaan ini banyak wujud dalam kehidupan seharian di mana seseorang yang dianggap sebagai berakhlak mulia seringkali memegang pendapat yang berbeza tentang sesuatu tindakan berhubung dengan sesuatu perkara. Isu rokok merupakan contoh yang baik di mana terdapat ulama yang mengatakan merokok adalah haram sedangkan terdapat ulama yang merokok. 

Dengan kata lain,seseorang yang berakhlak mulia yang membuat keputusan memilih sesuatu tindakan sedangkan dia sendiri tidak melakukan tindakan yang bermoral.Jadi tindakan yang manakah yang betul dan bagaimanakah ditentukan perbezaan kedua-dua tindakan berasaskan Teori Kebaikan.
Seseorang yang berakhlak mulia kadangkala tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan dalam situasi tertentu kerana dia mungkin tidak tahu akan adanya alternatif lain ataupun tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang sesuatu perkara.Membuat penilaian tentang kualiti moral terhadap sesuatu tindakan dengan menilai kualiti moral seseorang adalah kurang tepat.Malah seseorang yang berakhlak mulia boleh bertindak di luar sifatnya dan melakukan tindakan moral yang salah dan ini tidak bermakna seseorang yang berakhlak mulia boleh melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut dibenarkan.Tetapi sekiranya seseorang itu benar-benar berpegang kepada etika kebaikan maka adalah sukar untuk mengetahui samada tindakan tersebut salah atau tidak.

Etika kebaikan dan prinsip etika saling berkait. Teori etika yang lengkap memerlukan prinsip yang boleh digunakan untuk menilai tindakan yang bermoral dan mengkhususkan kebaikan tersebut akan boleh memaparkan ciri-ciri seseorang itu.Berdasarkan kepada kedua-dua pendekatan,kita boleh mengetahui seseorang itu berakhlak mulia menerusi tindakannya. Sekiranya untuk melihat kebaikan,kita boleh melihat menerusi tindakan yang diambil terhadap sesuatu dan dalam persekitarannya.

Etika Pengurusan Islam

Etika Pengurusan Mengikut Konteks Agama Islam
 
Memandangkan etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam
pengurusan organisasi, maka ia turut dititikberatkan dalam pengurusan Islam. Islam
melihat etika pengurusan sebagai set nilai-nilai Islam yang diformulasikan dalam
suatu kod khusus sebagai garis panduan kepada setiap ahli organisasi dalam
memutuskan sesuatu tindakan dan kelakuan itu bermoral, diterima oleh organisasi,
disenangi oleh masyarakat dan yang lebih penting adalah ianya tidak melanggar
ketentuan syarak.

Nilai-nilai yang terkandung di dalamnya perlulah sentiasa mengingatkan diri
pekerja akan tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT, menepati semangat
tauhid dan sifat semulajadi manusia. Dengan demikian, segal a bentuk
permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan suatu pendekatan yang lebih
baik, holistik dan efektif ke arah pencapaian matlamat hakiki. Kod etika yang
berkesan juga haruslah mengambil pendekatan yang seimbang, tidak terlalu terikat
dan sempit skopnya. Ia memberi ruang kepada penggunaan hikmah dan
kebijaksanaan individu dengan dibatasi oleh iman di dalam diri. Untuk itu, etika
dalam Islam didasari oleh dua sumber utama iaitu dalil naqli dan dalil 'aqli.
 
(i) Dalil Naqli
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Uli al-Amr' (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur'an) dan (Sunnah)
RasulNya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.
 
Bertepatan dengan penurunan al-Qur'an yang tidak terbatas kepacta sesetengah
kelompok manusia, tempat dan jangka masa tertentu, maka al-Qur'an memainkan
peranan yang cukup signifikan. Selain daripada memberi peringatan, nasihat dan
penjelasan kepada umat manusia, al-Qur'an turut merupakan sumber yang
berautoriti dalam menentukan buruk-baik sesuatu perkara29 serta berperanan sebagai
petunjuk dalam membezakan antara yang betul (~aq) dan yang salah (bari!). Di
samping itu, segala perbuatan, percakapan dan apa sahaja yang terbit daripada
Rasulullah s. 'aw merupakan surnber rujukan kedua bagi manusia. Ini kerana segala
sesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah s.'a.w adalah berdasarkan wahyu Allah,
bukan menurut kemahuan nafsu Baginda.
 
Ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith berhubung akhIak dalam Islam disentuh
dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk dijadikan sebagai garis panduan kepada
umat manusia bagi mendepani segal a permasalahan yang timbul dari segenap aspek
kehidupan. Ada di antara nilai-nilai yang dituntut untuk dipraktikkan dalam etika
Islam dinyatakan dalam bentuk suruhan/galakan31 serta ganjaran/faedah yang akan
diperolehi daripadanya, dan ada pula yang berbentuk larangan/tegahan32 agar
menjauhi sesuatu nilai/perbuatan yang mendatangkan impak negatif kepada diri
sendiri, masyarakat mahupun alam sekitar.
-
(ii) Dalil 'Aqli
Meskipun Islam menganggap wahyu sebagai sumber yang paling berautoriti,
namun peranan akal, naluri dan pengalaman manusia turut diakui sebagai pembantu
kepada wahyu.33 Menyedari akan kepentingan akal kepada manusia, maka ia
diiktiraf sebagai salah satu sumber akhlak kerana fitrah semulajadi akal ialah
memandu kepada kebenaran serta kebaikan. 34 Banyak sekali ayat al-Qur'an
menerangkan perihal kedudukan akal serta kelebihan mempergunakan akal dan
sentiasa berfikir.35 Begitu juga dengan naluri dan pengalaman individu yang mampu
menjadi panduan dan pedoman dalam menentukan sesuatu itu baik ataupun tidak.
Sungguhpun demikian, nilai-nilai yang lahir daripada penaakulan akal,
pertimbangan naluri dan penilaian pengalaman adalah bersifat semen tara dan relatif
iaitu sering berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperJuan semasa lantaran
keupayaan manusia yang terhad. Justeru, Islam melihat peranan akal, bisikan kalbu
(naluri) serta pengalaman silam dalam skop yang terhad di mana ketiga-tiganya
hanya boleh diterimapakai seadanya setelah dipastikan keselariannya dengan
sumber-sumber yang lebih berautoriti.36
Kedua-dua sumber di atas sewajarnya diambilkira da!am memformulasikan
suatu set etika pengurusan Islam. Sumber ketuhanan (naqli) yang bersifat mutlak
akan menghasilkan nilai-nilai universal, tetap, pasti dan sempurna. Manakala
sumber kemanusiaan ('aqli) yang bersifat terbatas pula akan menghasilkan nilainilai
relatif mengikut peredaran masa. Asimilasi antara nilai-nilai universal dan
nilai-nilai relatif ini seterusnya akan mewujudkan suatu kesepaduan dan kejituan
dalam menilai qan menentukan sarna ada sesuatu perkara itu betul atau salah dalam
erti kata yang sebenar - bersesuaian dengan realiti semasa, memenuhi keperluan
sejagat dan bertepatan dengan syariat Islam.
Rentetan daripada pengaplikasian sumber-sumber di atas, beberapa prinsip
perlu dijadikan tonggak/asas dalam pembentukan dan pembudayaan kod etika
pen gurus an sesebuah organisasi. Ini termasuklah:
 
(a) Keimanan
Iman merupakan teras kepada semua bentuk amalan dalam Islam.38 Roh iman,
Islam dan ihsan yang dihayati sepenuhnya akan terserlah melalui ibadat seharian,
aktiviti rutin dan akhlak manusia itu sendiri. Dengan demikian, umat Islam akan
sentiasa tunduk patuh dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan laranganNya. Ini telah digambarkan dalam ayat berikut:
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benamya beriman hanyalah
orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang
dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ... "39
Dalam konteks etika pengurusan, prinsip keimanan perlu mendasari segala
yang ingin dilakukan. Bermula daripada membina konsep, pandangan, sikap, gaya
berfikir sehinggalah penentuan bentuk tindakan dalam organisasi. Mereka yang
beriman akan melaksanakan segala bentuk amanah yang telah dipertangungjawabkan
kepadanya dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan terus
berazam untuk melakukan yang terbaik lantaran menyedari pengawasan Allah
adalah lebih tajam daripada pengawasan manusia. Rasa keimanan sebegini di
kalangan pekerja akan meninggalkan impak positif ke arah melahirkan generasi dan
organisasi yang bermoral.
 
(b) Keadilan
Pelaksanaan keadilan dalam Islam adalah suatu kewajipan. Prinsip ini amat
sesuai diadaptasi dalam pembentukan etika pengurusan organisasi. Ini kerana
keadilan dalam Islam tidak hanya membawa maksud keseimbangan, kesaksamaan
dan pemberian hak kepada mereka yang berhak, bahkan yang lebih utama ia
mendorong individu untuk melakukan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya
berpandukan ketentuan syarak.Kod etika yang adil akan mengambilkira
kepentingan semua pihak terbabit, menyeimbangkan antara keperluan organisasi
dan tuntutan masyarakat, memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek
setiap ahli organisasi secara saksama.
 
-Pengaplikasian prinsip keadilan dalam pengurusan menjamin segala yang
dirancang berjalan lancar sebagaimana yang dikehendaki, tidak keterlaluan dan tanpa menyinggung mana-mana pihak. Para pekerja bersikap adil dalam
penggunaan sumber, pembahagian masa dan perhubungan sesama rakan sekerja.
Manakala pengurus pula bersikap adil dalam memilih pekerja, membahagikan
bebanan tugas, menentukan kadar gaji/upah, mengenakan hukuman, menetapkan
corak hubungan dalam organisasi dan sebagainya. Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil .. "
 
c) Kebahagiaan Sejagat
Kesinambungan daripada prinsip keadilan tadi, etika yang ingin dibentuk juga
mestilah memberi faedah dan kebaikan kepada semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, prinsip kebahagiaan sejagat perlu
diambilkira. Selain daripada berfaedah kepada diri sendiri, segala aktiviti
pengurusan yang dilakukan juga perlu dipastikan memberi manfaat kepada
masyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar budaya, tiada konflik antara
kepentingan diri dan masyarakat dan juga perlu bersifat 'mesra alam' .
Di samping itu, Islam menuntut agar segal a usaha yang dicurahkan tidak hanya
bagi memenuhi tuntutan keduniaan semata-mata, bahkan ia turut membawa natijah
yang baik untuk bekalan akhirat kelak. Dengan dernikian, matlamat kebahagiaan
sejagat sebagaimana yang diketengahkan oleh Islam yang lebih menyeluruh sifatnya
dapat disebarluaskan. Allah SWT telah berfirman:
 
"Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugi/ah ia),
kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat ... "
Penghayatan terhadap ketiga-tiga prinsip etika di atas akan membawa kepada
penghasilan beberapa komponen nilai dalam membentuk etika pen gurus an sesebuah
organisasi. Dengan mengambilkira nilai-nilai yang bersifat ketuhanan dan juga
kemanusiaan, empat komponen nilai utama didapati cukup signifikan dalam etika
pengurusan Islam. Nilai-nilai berhubung keagamaan, profesionalisme, kualiti dan
peribadi merupakan komponen terpenting yang perlu diberi penekanan khusus.
Nilai keagamaan merupakan tunjang kepada nilai-nilai yang lain. Ia menjadi
asas pegangan setiap ahli organisasi dalam menentukan sesuatu perlakuan itu sama
ada betul atau salah, baik atau buruk dari segi syarak. Di dalamnya terkandung
nilai-nilai seperti takwa, syukur, muhasabah, ihsan, tawakal, adil dan amar makruf
nahi munkar yang dapat mencegah diri mereka daripada perlakuan yang
bertentangan dengan syarak. Kesedaran dan motivasi yang wujud dari dalam diri ini
seterusnya akan membawa kepada peningkatan kualiti kerja.

Nilai profesionalisme pula menggabungkan dua nilai utama iaitu berilmu dan
berkemahiran. Seorang profesional bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan
tetapi juga sewajamya marnpu menguasai kemahiran berkaitan sarna ada berbentuk
kemahiran kemanusiaan mahupun kemahiran teknikal. Di sarnping itu, nilai-nilai
yang menyumbang ke arah peningkatan tahap profesionalisme turut dipedukan
seperti amanah dalam penggunaan mas a dan sumber organisasi, jujur, menepati
janji, menyimpan rahsia dan arnalan syura.
 
Nilai kualiti pula lebih menitikberatkan nilai produktiviti dan kualiti itu sendiri.
Kecekapan, itqim, istiqarnah, ihsan, kolektif, kreatif dan inovatif merupakan nilainilai
yang menyokong usaha peningkatan produktiviti dan penarnbahbaikan kualiti
secara menyeluruh yang lazimnya diukur melalui daya kreativiti dan tahap inovasi
organisasi.
 
Nilai peribadi turut rnemberi pengaruh besar dalarn organisasi kerana pekerja
sentiasa menjalinkan hubungan inter-personal dalarn menyempurnakan kerja-kerja
harlan rnereka sarna ada secara formal ataupun tidak. Budaya salarn merupakan
salah satu rnekanisrne ke arah rnewujudkan ukhuwwah Isliimiyyah di samping
perwatakan sederhana, berbudi mulia, sabar, toleransi, berbaik sangka, rendah diri
dan akauntabiliti yang rnarnpu menjadi contoh teladan kepada orang lain.
 
Menerusi penelitian dan pengarnatan terhadap kedua-dua etika pengurusan y,ang
telah dibincangkan di atas, didapati wujudnya perbezaan antara kedua-duanya.
Antaranya termasuklah dari segi surnber asasnya, prinsip dan nilai yang terkandung
di dalarnnya dan juga ruang lingkup implikasi/peranan yang dimainkannya.
 
• Sumber
Kemarnpuan akal, naluri dan pengalarnan untuk dijadikan sebagai sumber dan
kriteria utarna dalarn menilai serta menentukan sesuatu perkara itu sarna ada baik
atau buruk, betul atau salah secara tepat sering dipersoalkan. Ini kerana tahap
pemikiran, penaakulan, penafsiran dan pemaharnan tentang sesuatu peristiwa adalah
berbeza-beza di antara individu. Pergantungan secara total kepada aka I dalam
menilai dan memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang
kurang tepat dan boleh dipertikaikan kesahihannya. Pertimbangan akal seringkali
dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti warisan adat tradisi, takut kepada pihakpihak
tertentu dan juga pengaruh hawa nafsu terhadap pangkat, kemasyhuran dan
kemewahan. Akibatnya, keputusan/tindakan yang diambil tersasar daripada
rnatlarnat sebenar lantaran akal tidak didasari oleh satu asas yang kukuh dan sah.
Justeru, Islam menggesa umatnya agar mempergunakan akal sebaik mungkin
dengan bimbingan wahyu agar nilai-nilai relalif yang diputuskan selari dengan illlaiilliai
universal yang sedia ada.
 
Sebagaimana akal, pengambilan naluri sebagai sumber utama dalam
menentukan etika manusia juga merupakan satu kesilapan. Meskipun fitrah naluri
manusia cenderung ke arah kebaikan dan tidak senang dengan keburukan, tetapi
ukuran kecenderungan tersebut sebenarnya sukar dipastikan. Hal ini terjadi
disebabkan oleh sifat dan sikap manusia itu sendiri yang cenderung untuk
melakukan apa sahaja bagi memenuhi naluri, keinginan dan kepentingan diri
mereka, walaupun ianya salah dan tidak adil kepada masyarakat umum. Lantaran
itu, bisikan kalbu enaluri) manusia hanya boleh diterimapakai seadanya setelah
disaring dan dipastikan keselariannya dengan sumber-sumber yang lebih berautoriti.
 
Pengalaman silam juga tidak semestinya tepat, benar dan relevan sepanjang
masa. Keputusan yang diambil pada pengalaman lepas mungkin tidak sesuai untuk
diimplimentasikan pada masa kini. Data-data yang diperolehi daripadanya masih
belum seratus peratus tepat dan penilaian yang dibuat terhadap pengalaman itu
adalah terbatas. Ini kerana keputusan buruklbaik hanya mengambilkira penilaian
mereka yang pernah mengalarni situasi yang sarna di masa lampau serta implikasi
yang diperolehi daripadanya mengikut pengamatan dan kecenderungan mereka.
 
Ringkasnya, pergantungan sepenuhnya terhadap sumber-sumber di atas
merupakan suatu kesilapan besar. la akan menyebabkan setiap individu cuba
mengemukakan pendapat serta penilaian sendiri hasil pertimbangan peribadi dan
kemudian mempertahankannya. Inilah yang berlaku kepada para moral is Barat di
mana masing-masing cuba mengetengahkan teori mengikut aliran pemikiran dan
pemahaman yang berbeza. Punca pertelingkahan dan percanggahan pendapat ini
adalah rente tan daripada kegagalan akal, naluri dan pengalaman membuat suatu
penilaian yang seragam dan bersifat sejagat sehingga boleh diterima dan
dipersetujui oleh semua pihak.
 
Kelemahan-kelemahan di atas menunjukkan bahawa akal , naluri dan
pengalaman manusia tidak boleh dijadikan sebagai sumber utama etika manusia.
Sebaliknya, ia hanya boleh dijadikan sebagai suatu panduan dan pedoman dalam
menentu dan memutuskan nilai-nilai yang bersifat relatif. Ini kerana ketiga-tiganya
hanya merupakan antara anugerah Allah kepada hambaNya. Justeru, secara
logiknya tentulah terdapat sesuatu yang lebih berhak dan prim~r milik Pencipta
untuk dijadikan sebagai sumber rujukan utama, iaitu dalil naqli yang mendasari
segala aktiviti kehidupan manusia.
 
• Prinsip dan Nilai
Ketiga-tiga prinsip yang digariskan dalam etika pengurusan Islam tampak simple tetapi cukup bermakna dan agak sukar untuk diimplimentasikan sepenuhnya.
Di Barat, pelbagai fahaman dan teori etika telah dikemukakan oleh para ahli
pengurusan konvensional. Antaranya termasuklah teori utilitarianism, hedonism,
egoism, keadilan dan juga hak-hak moral. Sekali imbas, teori-teori yang
dikemukakan didapati hampir menyamai prinsip-prinsip etika Islam dari segi
konsep dan teorinya. Namun, hakikatnya kedua-duanya sama sekali berbeza dari
segi roh mahupun praktisnya.
 
Tauhid yang merupakan tonggak utama dalam keimanan, keyakinan dan
kepatuhan dalam Islam menunjukkan keunikan hubungan dengan Yang Maha Esa.
Ia membebaskan manusia daripada sebarang bentuk perhambaan terhadap makhluk
dan membangkitkan kesedaran tentang hakikat kebergantungan hanya
terhadapNya. Ia turut mengintegrasikan aspek kebendaan dan kerohanian dalam
hubungan kemanusiaan ke arah matlamat hidup yang sebenar, di mana persoalan
sumber, kaedah pengendalian dan impak yang diperolehi sentiasa diambilkira
sepanjang usaha penggemblengan al-ma 'riif dan penghapusan al-fasiid. Konsep
tauhid yang holistik dan intrinsik ini menyebabkan ia tidak langsung disentuh dalam
etika Barat.
 
Kornitmen yang total terhadap tauhid ini seterusnya memungkinkan usaha ke
arah mewujudkan keadilan. Meskipun keadilan turut diketengahkan sebagai salah
satu teori etika Barat, namun keadilan dalam Islam mempunyai paradigma dan
pendekatan tersendiri. Keadilan bukanlah berrnakna persamaan mutIak dari segi
agihan kekayaan, keuntungan serta bebanan, tetapi ia lebih menjurus kepada
keseimbangan dan kesaksamaan dalam pemberian hak. Teori hak-hak moral Kant
yang terlalu rigid terhadap hak moral setiap individu sehingga mengekang
kemajuan dan mengabaikan hak Allah SWT57 didapati menyalahi prinsip keadilan
Islam.
 
Apabila keadilan telah tersebarluas, maka kebahagiaan sejagat dapat dikecapi.
Kebahagiaan sejagat yang didukung oleh etika Islam bercirikan kebaikan mutIak,
mudah dilaksanakan serta mampu memenuhi tuntutan keduniaan dan juga akhirat.
Semua pihak yang berkepentingan secara langsung atau tidak langsung akan
memperolehi kepuasan dan menikrnati hak masing-masing. Sekaligus ia menolak
teori egoisme yang hanya mementingkan kepuasan dan kepentingan sekumpulan
individu tertentu serta teori utilitarianisme yang terlalu bebas serta global
konsepnya dan hanya mengambilkira aspek keduniaan.
 
Penghayatan terhadap ketiga-tiga prinsip etika Islam inilah yang akan
menghasilkan kombinasi mantap nilai-nilai yang amat sesuai untuk diaplikasikan
dalam pengurusan organisasi. Nilai-nilai berhubung keagamaan, profesionalisme,
kualiti dan peribadi merupakan empat komponen nilai terpenting yang perlu diberi perhatian dan penekanan seimbang. Meskipun etika pengurusan konvensional turut
menitikberatkan nilai kualiti dan profesional dalam kerja, namun nilai-nilai
keagamaan dan peribadi mulia sarna sekali dipinggirkan. Ini sejajar dengan jiwa dan
pemikiran para moralis Barat yang hanya mementingkan nilai dan etika yang hanya
membawa keuntungan kebendaan semata-mata.
 
• Ruang Lingkup Peranan!Implikasi
Memang tidak dinafikan bahawa etika pengurusan Islam dan konvensional
kedua-duanya berperanan sebagai garis panduan dan piawai kepada tingkahlaku
individu dan kelompok sosial. Antara lain ia turut berfungsi untuk mengatur dan
menyelaraskan segal a aktiviti anggota-anggota organisasi yang terdiri daripada
pelbagai latar budaya agar tindakan yang diambil adalah betul serta bertepatan
dengan apa yang dirancang dan bergerak selari ke arah pencapaian matlamat yang
dikongsi bersama.
 
Namun, implikasi daripada pengaplikasian teori etika pengurusan konvensional
hanya terhenti setakat itu sahaja. Skopnya yang terhad kepada kelompok individu
tertentu, lebih berbentuk material dan bersifat jangka pendek menjadi halangan dan
kekangan kepada teori-teori berkenaan untuk bergerak lebih jauh. Dalam sesetengah
kes, timbul kesamaran, kekeliruan dan konflik yang tiada jalan penyelesaiannya. Ini
berbeza dengan etika pengurusan Islam yang mengambilkira empat komponen nilai
dari pelbagai aspek. Pembudayaan keempat-empat komponen nilai dalam etika
pengurusan Islam secara bersepadu memberi faedah yang besar dan implikasi yang
mendalam agar semua pihak mendapat keuntungan dan manfaat bersama, terutama
dari segi budaya kerja, output dan pre stasi organisasi.
 
Secara keseluruhannya, peranan etika pengurusan Islam dapat dilihat dari tiga
peringkat utama iaitu peringkat individu, organisasi dan masyarakat keseluruhannya.
Di peringkat individu, penghayatan etika pengurusan Islam mampu melahirkan
individu yang berdisiplin dalam erti kata yang sebenar bagi memenuhi tuntutan
iman dan akhlak. Dalam konteks organisasi, berdisiplin dapat dilihat dari dua sudut
yang saling berkaitan.
 
Pertama, keupayaan mematuhi segala arahan, peraturan dan undang-undang
semasa menjalankan tugas. Ini termasuklah kepatuhan terhadap etika organisasi
yang seterusnya membawa kepada kepatuhan terhadap undang-undang negara dan
ketetapan-ketetapan Allah. Keimanan yang menunjangi etika pengurusan Islam
membolehkan pekerja meyakini hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di
muka bumi yang mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan. Rasa tanggungjawab
terhadap amanah yang dipikul tidak hanya menyebabkan seseorang itu
melakukan kerja semata-mata kerana takut kepada ketua, tetapi yang lebih penting
adalah penyempumaan amanah Allah. Apabila nilai amanah dan tanggungjawab ini
menguasai seluruh badan dan pernikiran individu, maka akan wujud suatu sekatan
dalam dirioya daripada bertindak sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang,
etika organisasi dan juga akhlak. Dengan demikian, segala yang dilakukan
dipastikan betullsah di sisi undang-undang dan syarak, tiada kecuaian, tiada
penyelewengan mahupun perkara yang mendatangkan dosalkemudharatan.
 
Kedua, disiplin dalam penggunaan mas a sebagaimana yang disarankan oleh
Islam. Penekanan terhadap nilai kerja berkualiti, mementingkan produktiviti ,
sentiasa bersyukur, amanah, tekun dan istiqamah yang mendasari etika pengurusan
mendorong warga organisasi menggunakan masa bekerja mereka secara optimum
dalam usaha menyempurnakan setiap kerja yang diberi. Selain bertindak sebagai
asas dalam pelaksanaan tugas dengan cepat dan tepat, pengurusan masa yang baik
dan berkesan turut dapat menghindari tekanan kerja (executive stress) yang akan
mengganggu usaha-usaha ke arah peningkatan produktiviti dan penambahbaikan
kualiti kerja.
 
Kesan daripada kedua-dua bentuk disiplin ini akan mewujudkan satu nilai
disiplin yang komprehensif. Kerja bukan sahaja dapat dilaksanakan mengikut
prosedur, peraturan dan arahan yang diberi, bahkan ia dapat disempurnakan tepat
pada masanya dan menepati spesifikasi yang dikehendaki meskipun tiada
penyeliaan/pengawasan terhadapnya. Ini kerana wujud satu keyakinan bahawa
Allah sentiasa mengawasi pekerjaan dan melihatnya walau di mana jua. Firman
Allah SWT:
 
"Dan katakanlah bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya sena orangorang
mukmin akan melihat pekerjaanmu itu ... "
 
Di peringkat organisasi pula, etika pengurusan Islam mampu berperanan dalam
memastikan kualiti hasil keluaran organisasi. Asirnilasi antara nilai-nilai murni di
dalam kod etika pengurusan akan mewujudkan budaya kerja cemerlang, pengurusan
berkualiti dan seterusnya membawa kepada penghasilan baranganlperkhidmatan
yang bermutu tinggi. Nilai-nilai seperti tekun, istiqamah, akauntabiliti, kolektif
(syura), kreatif, inovatif, berilmu dan berkemahiran mampu menjana ahli organisasi
agar lebih cekap dan berkesan dalam kerja yang seterusnya menyumbang kepada
peningkatan dalam menghasilkan jumlah output yang bermutu. Kemampuan
organisasi untuk terus menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti
tanpa sebarang kesan sampingan yang memudharatkan mana-mana pihak bukan
sahaja menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup berterusan, bahkan turut
mencerrninkan kecemerlangan hasil organisasi.
 
Dari skop yang lebih luas, pembudayaan etika pengurusan Islam dilihat
mampu menunaikan tanggungjawab sosial kepada semua pihak berkepentingan.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Pengurus Hebat: Pengurus Hebat: SALAM PEMBUKA BICARA

Pengurus Hebat: Pengurus Hebat: SALAM PEMBUKA BICARA

Pengurus Hebat: SALAM PEMBUKA BICARA

Pengurus Hebat: SALAM PEMBUKA BICARA: "Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmatnya..."

SALAM PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmatnya, maka saya dapat menyiapkan blog ini dengan jayanya walaupun sebelum ini mempunyai pelbagai halangan dan dugaan yang menimpa sepanjang niat saya untuk menghasilkan blog ini. Sekali lagi saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T.
Blog saya dikenali sebagai Pengurus Hebat, dimana dalam blog ini saya akan memberikan ilmu, maklumat, pengetahuan dan informasi-informasi yang berkaitan dengan pengurusan diri dalam era globalisasi yang mencabar sekarang ini. Dari sudut ini, saya akan berbicara dari segi kepentingan agama dalam mengurus kehidupan kita ke arah lebih baik dan bersistematik berlandaskan prinsip-prinsip agama yang bukan hanya menjurus kepada satu agama tetapi didasari oleh prinsip dan kepercayaan banyak agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang kaum di negara kita yang tercinta, Malaysia.

Jutaan ampun maaf sekiranya sepanjang saya mendedahkan dan memberikan maklumat mengenai pengurusan diri berlandaskan agama ini terdapat kesilapan dan kesalahan, harap kalian sudilah menegur saya agar kesilapan ini takkan berulang lagi.
Akhir kata, sambutlah salam mesra dari saya dan semoga kalian bahagia selalu. Harap kalian dapat memberikan komentar terhadap catatan yang saya berikan ini bersandarkan kepada kerasionalan dan keintelektualan buah fikiran dari kalian.



Wassalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.