Powered By Blogger

Ahad, 29 Ogos 2010

Etika Pengurusan Islam

Etika Pengurusan Mengikut Konteks Agama Islam
 
Memandangkan etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam
pengurusan organisasi, maka ia turut dititikberatkan dalam pengurusan Islam. Islam
melihat etika pengurusan sebagai set nilai-nilai Islam yang diformulasikan dalam
suatu kod khusus sebagai garis panduan kepada setiap ahli organisasi dalam
memutuskan sesuatu tindakan dan kelakuan itu bermoral, diterima oleh organisasi,
disenangi oleh masyarakat dan yang lebih penting adalah ianya tidak melanggar
ketentuan syarak.

Nilai-nilai yang terkandung di dalamnya perlulah sentiasa mengingatkan diri
pekerja akan tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT, menepati semangat
tauhid dan sifat semulajadi manusia. Dengan demikian, segal a bentuk
permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan suatu pendekatan yang lebih
baik, holistik dan efektif ke arah pencapaian matlamat hakiki. Kod etika yang
berkesan juga haruslah mengambil pendekatan yang seimbang, tidak terlalu terikat
dan sempit skopnya. Ia memberi ruang kepada penggunaan hikmah dan
kebijaksanaan individu dengan dibatasi oleh iman di dalam diri. Untuk itu, etika
dalam Islam didasari oleh dua sumber utama iaitu dalil naqli dan dalil 'aqli.
 
(i) Dalil Naqli
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Uli al-Amr' (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur'an) dan (Sunnah)
RasulNya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.
 
Bertepatan dengan penurunan al-Qur'an yang tidak terbatas kepacta sesetengah
kelompok manusia, tempat dan jangka masa tertentu, maka al-Qur'an memainkan
peranan yang cukup signifikan. Selain daripada memberi peringatan, nasihat dan
penjelasan kepada umat manusia, al-Qur'an turut merupakan sumber yang
berautoriti dalam menentukan buruk-baik sesuatu perkara29 serta berperanan sebagai
petunjuk dalam membezakan antara yang betul (~aq) dan yang salah (bari!). Di
samping itu, segala perbuatan, percakapan dan apa sahaja yang terbit daripada
Rasulullah s. 'aw merupakan surnber rujukan kedua bagi manusia. Ini kerana segala
sesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah s.'a.w adalah berdasarkan wahyu Allah,
bukan menurut kemahuan nafsu Baginda.
 
Ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith berhubung akhIak dalam Islam disentuh
dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk dijadikan sebagai garis panduan kepada
umat manusia bagi mendepani segal a permasalahan yang timbul dari segenap aspek
kehidupan. Ada di antara nilai-nilai yang dituntut untuk dipraktikkan dalam etika
Islam dinyatakan dalam bentuk suruhan/galakan31 serta ganjaran/faedah yang akan
diperolehi daripadanya, dan ada pula yang berbentuk larangan/tegahan32 agar
menjauhi sesuatu nilai/perbuatan yang mendatangkan impak negatif kepada diri
sendiri, masyarakat mahupun alam sekitar.
-
(ii) Dalil 'Aqli
Meskipun Islam menganggap wahyu sebagai sumber yang paling berautoriti,
namun peranan akal, naluri dan pengalaman manusia turut diakui sebagai pembantu
kepada wahyu.33 Menyedari akan kepentingan akal kepada manusia, maka ia
diiktiraf sebagai salah satu sumber akhlak kerana fitrah semulajadi akal ialah
memandu kepada kebenaran serta kebaikan. 34 Banyak sekali ayat al-Qur'an
menerangkan perihal kedudukan akal serta kelebihan mempergunakan akal dan
sentiasa berfikir.35 Begitu juga dengan naluri dan pengalaman individu yang mampu
menjadi panduan dan pedoman dalam menentukan sesuatu itu baik ataupun tidak.
Sungguhpun demikian, nilai-nilai yang lahir daripada penaakulan akal,
pertimbangan naluri dan penilaian pengalaman adalah bersifat semen tara dan relatif
iaitu sering berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperJuan semasa lantaran
keupayaan manusia yang terhad. Justeru, Islam melihat peranan akal, bisikan kalbu
(naluri) serta pengalaman silam dalam skop yang terhad di mana ketiga-tiganya
hanya boleh diterimapakai seadanya setelah dipastikan keselariannya dengan
sumber-sumber yang lebih berautoriti.36
Kedua-dua sumber di atas sewajarnya diambilkira da!am memformulasikan
suatu set etika pengurusan Islam. Sumber ketuhanan (naqli) yang bersifat mutlak
akan menghasilkan nilai-nilai universal, tetap, pasti dan sempurna. Manakala
sumber kemanusiaan ('aqli) yang bersifat terbatas pula akan menghasilkan nilainilai
relatif mengikut peredaran masa. Asimilasi antara nilai-nilai universal dan
nilai-nilai relatif ini seterusnya akan mewujudkan suatu kesepaduan dan kejituan
dalam menilai qan menentukan sarna ada sesuatu perkara itu betul atau salah dalam
erti kata yang sebenar - bersesuaian dengan realiti semasa, memenuhi keperluan
sejagat dan bertepatan dengan syariat Islam.
Rentetan daripada pengaplikasian sumber-sumber di atas, beberapa prinsip
perlu dijadikan tonggak/asas dalam pembentukan dan pembudayaan kod etika
pen gurus an sesebuah organisasi. Ini termasuklah:
 
(a) Keimanan
Iman merupakan teras kepada semua bentuk amalan dalam Islam.38 Roh iman,
Islam dan ihsan yang dihayati sepenuhnya akan terserlah melalui ibadat seharian,
aktiviti rutin dan akhlak manusia itu sendiri. Dengan demikian, umat Islam akan
sentiasa tunduk patuh dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan laranganNya. Ini telah digambarkan dalam ayat berikut:
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benamya beriman hanyalah
orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang
dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ... "39
Dalam konteks etika pengurusan, prinsip keimanan perlu mendasari segala
yang ingin dilakukan. Bermula daripada membina konsep, pandangan, sikap, gaya
berfikir sehinggalah penentuan bentuk tindakan dalam organisasi. Mereka yang
beriman akan melaksanakan segala bentuk amanah yang telah dipertangungjawabkan
kepadanya dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan terus
berazam untuk melakukan yang terbaik lantaran menyedari pengawasan Allah
adalah lebih tajam daripada pengawasan manusia. Rasa keimanan sebegini di
kalangan pekerja akan meninggalkan impak positif ke arah melahirkan generasi dan
organisasi yang bermoral.
 
(b) Keadilan
Pelaksanaan keadilan dalam Islam adalah suatu kewajipan. Prinsip ini amat
sesuai diadaptasi dalam pembentukan etika pengurusan organisasi. Ini kerana
keadilan dalam Islam tidak hanya membawa maksud keseimbangan, kesaksamaan
dan pemberian hak kepada mereka yang berhak, bahkan yang lebih utama ia
mendorong individu untuk melakukan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya
berpandukan ketentuan syarak.Kod etika yang adil akan mengambilkira
kepentingan semua pihak terbabit, menyeimbangkan antara keperluan organisasi
dan tuntutan masyarakat, memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek
setiap ahli organisasi secara saksama.
 
-Pengaplikasian prinsip keadilan dalam pengurusan menjamin segala yang
dirancang berjalan lancar sebagaimana yang dikehendaki, tidak keterlaluan dan tanpa menyinggung mana-mana pihak. Para pekerja bersikap adil dalam
penggunaan sumber, pembahagian masa dan perhubungan sesama rakan sekerja.
Manakala pengurus pula bersikap adil dalam memilih pekerja, membahagikan
bebanan tugas, menentukan kadar gaji/upah, mengenakan hukuman, menetapkan
corak hubungan dalam organisasi dan sebagainya. Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil .. "
 
c) Kebahagiaan Sejagat
Kesinambungan daripada prinsip keadilan tadi, etika yang ingin dibentuk juga
mestilah memberi faedah dan kebaikan kepada semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, prinsip kebahagiaan sejagat perlu
diambilkira. Selain daripada berfaedah kepada diri sendiri, segala aktiviti
pengurusan yang dilakukan juga perlu dipastikan memberi manfaat kepada
masyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar budaya, tiada konflik antara
kepentingan diri dan masyarakat dan juga perlu bersifat 'mesra alam' .
Di samping itu, Islam menuntut agar segal a usaha yang dicurahkan tidak hanya
bagi memenuhi tuntutan keduniaan semata-mata, bahkan ia turut membawa natijah
yang baik untuk bekalan akhirat kelak. Dengan dernikian, matlamat kebahagiaan
sejagat sebagaimana yang diketengahkan oleh Islam yang lebih menyeluruh sifatnya
dapat disebarluaskan. Allah SWT telah berfirman:
 
"Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugi/ah ia),
kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat ... "
Penghayatan terhadap ketiga-tiga prinsip etika di atas akan membawa kepada
penghasilan beberapa komponen nilai dalam membentuk etika pen gurus an sesebuah
organisasi. Dengan mengambilkira nilai-nilai yang bersifat ketuhanan dan juga
kemanusiaan, empat komponen nilai utama didapati cukup signifikan dalam etika
pengurusan Islam. Nilai-nilai berhubung keagamaan, profesionalisme, kualiti dan
peribadi merupakan komponen terpenting yang perlu diberi penekanan khusus.
Nilai keagamaan merupakan tunjang kepada nilai-nilai yang lain. Ia menjadi
asas pegangan setiap ahli organisasi dalam menentukan sesuatu perlakuan itu sama
ada betul atau salah, baik atau buruk dari segi syarak. Di dalamnya terkandung
nilai-nilai seperti takwa, syukur, muhasabah, ihsan, tawakal, adil dan amar makruf
nahi munkar yang dapat mencegah diri mereka daripada perlakuan yang
bertentangan dengan syarak. Kesedaran dan motivasi yang wujud dari dalam diri ini
seterusnya akan membawa kepada peningkatan kualiti kerja.

Nilai profesionalisme pula menggabungkan dua nilai utama iaitu berilmu dan
berkemahiran. Seorang profesional bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan
tetapi juga sewajamya marnpu menguasai kemahiran berkaitan sarna ada berbentuk
kemahiran kemanusiaan mahupun kemahiran teknikal. Di sarnping itu, nilai-nilai
yang menyumbang ke arah peningkatan tahap profesionalisme turut dipedukan
seperti amanah dalam penggunaan mas a dan sumber organisasi, jujur, menepati
janji, menyimpan rahsia dan arnalan syura.
 
Nilai kualiti pula lebih menitikberatkan nilai produktiviti dan kualiti itu sendiri.
Kecekapan, itqim, istiqarnah, ihsan, kolektif, kreatif dan inovatif merupakan nilainilai
yang menyokong usaha peningkatan produktiviti dan penarnbahbaikan kualiti
secara menyeluruh yang lazimnya diukur melalui daya kreativiti dan tahap inovasi
organisasi.
 
Nilai peribadi turut rnemberi pengaruh besar dalarn organisasi kerana pekerja
sentiasa menjalinkan hubungan inter-personal dalarn menyempurnakan kerja-kerja
harlan rnereka sarna ada secara formal ataupun tidak. Budaya salarn merupakan
salah satu rnekanisrne ke arah rnewujudkan ukhuwwah Isliimiyyah di samping
perwatakan sederhana, berbudi mulia, sabar, toleransi, berbaik sangka, rendah diri
dan akauntabiliti yang rnarnpu menjadi contoh teladan kepada orang lain.
 
Menerusi penelitian dan pengarnatan terhadap kedua-dua etika pengurusan y,ang
telah dibincangkan di atas, didapati wujudnya perbezaan antara kedua-duanya.
Antaranya termasuklah dari segi surnber asasnya, prinsip dan nilai yang terkandung
di dalarnnya dan juga ruang lingkup implikasi/peranan yang dimainkannya.
 
• Sumber
Kemarnpuan akal, naluri dan pengalarnan untuk dijadikan sebagai sumber dan
kriteria utarna dalarn menilai serta menentukan sesuatu perkara itu sarna ada baik
atau buruk, betul atau salah secara tepat sering dipersoalkan. Ini kerana tahap
pemikiran, penaakulan, penafsiran dan pemaharnan tentang sesuatu peristiwa adalah
berbeza-beza di antara individu. Pergantungan secara total kepada aka I dalam
menilai dan memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang
kurang tepat dan boleh dipertikaikan kesahihannya. Pertimbangan akal seringkali
dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti warisan adat tradisi, takut kepada pihakpihak
tertentu dan juga pengaruh hawa nafsu terhadap pangkat, kemasyhuran dan
kemewahan. Akibatnya, keputusan/tindakan yang diambil tersasar daripada
rnatlarnat sebenar lantaran akal tidak didasari oleh satu asas yang kukuh dan sah.
Justeru, Islam menggesa umatnya agar mempergunakan akal sebaik mungkin
dengan bimbingan wahyu agar nilai-nilai relalif yang diputuskan selari dengan illlaiilliai
universal yang sedia ada.
 
Sebagaimana akal, pengambilan naluri sebagai sumber utama dalam
menentukan etika manusia juga merupakan satu kesilapan. Meskipun fitrah naluri
manusia cenderung ke arah kebaikan dan tidak senang dengan keburukan, tetapi
ukuran kecenderungan tersebut sebenarnya sukar dipastikan. Hal ini terjadi
disebabkan oleh sifat dan sikap manusia itu sendiri yang cenderung untuk
melakukan apa sahaja bagi memenuhi naluri, keinginan dan kepentingan diri
mereka, walaupun ianya salah dan tidak adil kepada masyarakat umum. Lantaran
itu, bisikan kalbu enaluri) manusia hanya boleh diterimapakai seadanya setelah
disaring dan dipastikan keselariannya dengan sumber-sumber yang lebih berautoriti.
 
Pengalaman silam juga tidak semestinya tepat, benar dan relevan sepanjang
masa. Keputusan yang diambil pada pengalaman lepas mungkin tidak sesuai untuk
diimplimentasikan pada masa kini. Data-data yang diperolehi daripadanya masih
belum seratus peratus tepat dan penilaian yang dibuat terhadap pengalaman itu
adalah terbatas. Ini kerana keputusan buruklbaik hanya mengambilkira penilaian
mereka yang pernah mengalarni situasi yang sarna di masa lampau serta implikasi
yang diperolehi daripadanya mengikut pengamatan dan kecenderungan mereka.
 
Ringkasnya, pergantungan sepenuhnya terhadap sumber-sumber di atas
merupakan suatu kesilapan besar. la akan menyebabkan setiap individu cuba
mengemukakan pendapat serta penilaian sendiri hasil pertimbangan peribadi dan
kemudian mempertahankannya. Inilah yang berlaku kepada para moral is Barat di
mana masing-masing cuba mengetengahkan teori mengikut aliran pemikiran dan
pemahaman yang berbeza. Punca pertelingkahan dan percanggahan pendapat ini
adalah rente tan daripada kegagalan akal, naluri dan pengalaman membuat suatu
penilaian yang seragam dan bersifat sejagat sehingga boleh diterima dan
dipersetujui oleh semua pihak.
 
Kelemahan-kelemahan di atas menunjukkan bahawa akal , naluri dan
pengalaman manusia tidak boleh dijadikan sebagai sumber utama etika manusia.
Sebaliknya, ia hanya boleh dijadikan sebagai suatu panduan dan pedoman dalam
menentu dan memutuskan nilai-nilai yang bersifat relatif. Ini kerana ketiga-tiganya
hanya merupakan antara anugerah Allah kepada hambaNya. Justeru, secara
logiknya tentulah terdapat sesuatu yang lebih berhak dan prim~r milik Pencipta
untuk dijadikan sebagai sumber rujukan utama, iaitu dalil naqli yang mendasari
segala aktiviti kehidupan manusia.
 
• Prinsip dan Nilai
Ketiga-tiga prinsip yang digariskan dalam etika pengurusan Islam tampak simple tetapi cukup bermakna dan agak sukar untuk diimplimentasikan sepenuhnya.
Di Barat, pelbagai fahaman dan teori etika telah dikemukakan oleh para ahli
pengurusan konvensional. Antaranya termasuklah teori utilitarianism, hedonism,
egoism, keadilan dan juga hak-hak moral. Sekali imbas, teori-teori yang
dikemukakan didapati hampir menyamai prinsip-prinsip etika Islam dari segi
konsep dan teorinya. Namun, hakikatnya kedua-duanya sama sekali berbeza dari
segi roh mahupun praktisnya.
 
Tauhid yang merupakan tonggak utama dalam keimanan, keyakinan dan
kepatuhan dalam Islam menunjukkan keunikan hubungan dengan Yang Maha Esa.
Ia membebaskan manusia daripada sebarang bentuk perhambaan terhadap makhluk
dan membangkitkan kesedaran tentang hakikat kebergantungan hanya
terhadapNya. Ia turut mengintegrasikan aspek kebendaan dan kerohanian dalam
hubungan kemanusiaan ke arah matlamat hidup yang sebenar, di mana persoalan
sumber, kaedah pengendalian dan impak yang diperolehi sentiasa diambilkira
sepanjang usaha penggemblengan al-ma 'riif dan penghapusan al-fasiid. Konsep
tauhid yang holistik dan intrinsik ini menyebabkan ia tidak langsung disentuh dalam
etika Barat.
 
Kornitmen yang total terhadap tauhid ini seterusnya memungkinkan usaha ke
arah mewujudkan keadilan. Meskipun keadilan turut diketengahkan sebagai salah
satu teori etika Barat, namun keadilan dalam Islam mempunyai paradigma dan
pendekatan tersendiri. Keadilan bukanlah berrnakna persamaan mutIak dari segi
agihan kekayaan, keuntungan serta bebanan, tetapi ia lebih menjurus kepada
keseimbangan dan kesaksamaan dalam pemberian hak. Teori hak-hak moral Kant
yang terlalu rigid terhadap hak moral setiap individu sehingga mengekang
kemajuan dan mengabaikan hak Allah SWT57 didapati menyalahi prinsip keadilan
Islam.
 
Apabila keadilan telah tersebarluas, maka kebahagiaan sejagat dapat dikecapi.
Kebahagiaan sejagat yang didukung oleh etika Islam bercirikan kebaikan mutIak,
mudah dilaksanakan serta mampu memenuhi tuntutan keduniaan dan juga akhirat.
Semua pihak yang berkepentingan secara langsung atau tidak langsung akan
memperolehi kepuasan dan menikrnati hak masing-masing. Sekaligus ia menolak
teori egoisme yang hanya mementingkan kepuasan dan kepentingan sekumpulan
individu tertentu serta teori utilitarianisme yang terlalu bebas serta global
konsepnya dan hanya mengambilkira aspek keduniaan.
 
Penghayatan terhadap ketiga-tiga prinsip etika Islam inilah yang akan
menghasilkan kombinasi mantap nilai-nilai yang amat sesuai untuk diaplikasikan
dalam pengurusan organisasi. Nilai-nilai berhubung keagamaan, profesionalisme,
kualiti dan peribadi merupakan empat komponen nilai terpenting yang perlu diberi perhatian dan penekanan seimbang. Meskipun etika pengurusan konvensional turut
menitikberatkan nilai kualiti dan profesional dalam kerja, namun nilai-nilai
keagamaan dan peribadi mulia sarna sekali dipinggirkan. Ini sejajar dengan jiwa dan
pemikiran para moralis Barat yang hanya mementingkan nilai dan etika yang hanya
membawa keuntungan kebendaan semata-mata.
 
• Ruang Lingkup Peranan!Implikasi
Memang tidak dinafikan bahawa etika pengurusan Islam dan konvensional
kedua-duanya berperanan sebagai garis panduan dan piawai kepada tingkahlaku
individu dan kelompok sosial. Antara lain ia turut berfungsi untuk mengatur dan
menyelaraskan segal a aktiviti anggota-anggota organisasi yang terdiri daripada
pelbagai latar budaya agar tindakan yang diambil adalah betul serta bertepatan
dengan apa yang dirancang dan bergerak selari ke arah pencapaian matlamat yang
dikongsi bersama.
 
Namun, implikasi daripada pengaplikasian teori etika pengurusan konvensional
hanya terhenti setakat itu sahaja. Skopnya yang terhad kepada kelompok individu
tertentu, lebih berbentuk material dan bersifat jangka pendek menjadi halangan dan
kekangan kepada teori-teori berkenaan untuk bergerak lebih jauh. Dalam sesetengah
kes, timbul kesamaran, kekeliruan dan konflik yang tiada jalan penyelesaiannya. Ini
berbeza dengan etika pengurusan Islam yang mengambilkira empat komponen nilai
dari pelbagai aspek. Pembudayaan keempat-empat komponen nilai dalam etika
pengurusan Islam secara bersepadu memberi faedah yang besar dan implikasi yang
mendalam agar semua pihak mendapat keuntungan dan manfaat bersama, terutama
dari segi budaya kerja, output dan pre stasi organisasi.
 
Secara keseluruhannya, peranan etika pengurusan Islam dapat dilihat dari tiga
peringkat utama iaitu peringkat individu, organisasi dan masyarakat keseluruhannya.
Di peringkat individu, penghayatan etika pengurusan Islam mampu melahirkan
individu yang berdisiplin dalam erti kata yang sebenar bagi memenuhi tuntutan
iman dan akhlak. Dalam konteks organisasi, berdisiplin dapat dilihat dari dua sudut
yang saling berkaitan.
 
Pertama, keupayaan mematuhi segala arahan, peraturan dan undang-undang
semasa menjalankan tugas. Ini termasuklah kepatuhan terhadap etika organisasi
yang seterusnya membawa kepada kepatuhan terhadap undang-undang negara dan
ketetapan-ketetapan Allah. Keimanan yang menunjangi etika pengurusan Islam
membolehkan pekerja meyakini hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di
muka bumi yang mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan. Rasa tanggungjawab
terhadap amanah yang dipikul tidak hanya menyebabkan seseorang itu
melakukan kerja semata-mata kerana takut kepada ketua, tetapi yang lebih penting
adalah penyempumaan amanah Allah. Apabila nilai amanah dan tanggungjawab ini
menguasai seluruh badan dan pernikiran individu, maka akan wujud suatu sekatan
dalam dirioya daripada bertindak sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang,
etika organisasi dan juga akhlak. Dengan demikian, segala yang dilakukan
dipastikan betullsah di sisi undang-undang dan syarak, tiada kecuaian, tiada
penyelewengan mahupun perkara yang mendatangkan dosalkemudharatan.
 
Kedua, disiplin dalam penggunaan mas a sebagaimana yang disarankan oleh
Islam. Penekanan terhadap nilai kerja berkualiti, mementingkan produktiviti ,
sentiasa bersyukur, amanah, tekun dan istiqamah yang mendasari etika pengurusan
mendorong warga organisasi menggunakan masa bekerja mereka secara optimum
dalam usaha menyempurnakan setiap kerja yang diberi. Selain bertindak sebagai
asas dalam pelaksanaan tugas dengan cepat dan tepat, pengurusan masa yang baik
dan berkesan turut dapat menghindari tekanan kerja (executive stress) yang akan
mengganggu usaha-usaha ke arah peningkatan produktiviti dan penambahbaikan
kualiti kerja.
 
Kesan daripada kedua-dua bentuk disiplin ini akan mewujudkan satu nilai
disiplin yang komprehensif. Kerja bukan sahaja dapat dilaksanakan mengikut
prosedur, peraturan dan arahan yang diberi, bahkan ia dapat disempurnakan tepat
pada masanya dan menepati spesifikasi yang dikehendaki meskipun tiada
penyeliaan/pengawasan terhadapnya. Ini kerana wujud satu keyakinan bahawa
Allah sentiasa mengawasi pekerjaan dan melihatnya walau di mana jua. Firman
Allah SWT:
 
"Dan katakanlah bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya sena orangorang
mukmin akan melihat pekerjaanmu itu ... "
 
Di peringkat organisasi pula, etika pengurusan Islam mampu berperanan dalam
memastikan kualiti hasil keluaran organisasi. Asirnilasi antara nilai-nilai murni di
dalam kod etika pengurusan akan mewujudkan budaya kerja cemerlang, pengurusan
berkualiti dan seterusnya membawa kepada penghasilan baranganlperkhidmatan
yang bermutu tinggi. Nilai-nilai seperti tekun, istiqamah, akauntabiliti, kolektif
(syura), kreatif, inovatif, berilmu dan berkemahiran mampu menjana ahli organisasi
agar lebih cekap dan berkesan dalam kerja yang seterusnya menyumbang kepada
peningkatan dalam menghasilkan jumlah output yang bermutu. Kemampuan
organisasi untuk terus menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti
tanpa sebarang kesan sampingan yang memudharatkan mana-mana pihak bukan
sahaja menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup berterusan, bahkan turut
mencerrninkan kecemerlangan hasil organisasi.
 
Dari skop yang lebih luas, pembudayaan etika pengurusan Islam dilihat
mampu menunaikan tanggungjawab sosial kepada semua pihak berkepentingan.

Tiada ulasan: