Powered By Blogger

Isnin, 20 September 2010

Contoh Prakata

Syukur ke hadrat Allah S.WT kerana dengan limpah kurnianya maka buku ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Buku ini merupakan pengenalan kepada bidang pengajian hubungan kaum dan masyarakat dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini yakni menekankan aspek untuk mendedahkan para pelajar pada tajuk-tajuk asas yang difikirkan sesuai untuk dibincang dan dibahaskan dalam kumpulan ataupun di dalam kelas di samping dikaji dengan lebih mendalam lagi.

 Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah buku yang amat mantap dari segi isi penyampaiannya. Buku ini menjelaskan konsep dan realiti hubungan kaum yang terdapat di Malaysia yang terdiri dari pelabagai bangsa dan latar masyarakat yang terdapat di negara ini. Buku ini bukan sahaja mengupas dengan lebih terperinci senario hubungan kaum pada era sebelum, pasca dan selepas kemerdekaan tetapi juga turut memberikan perhatian apa yang telah berlaku dalam hubungan kaum di negara ini pada perspektif zaman sekarang.

 Selain itu, dalam buku ini juga dibincangkan sedikit dan sekelumit tentang sejarah hubungan kaum di Malaysia dan juga menyusur galur aliran-aliran yang terlibat dalam bidang kajian ini.

 Penulisan tentang bidang hubungan etnik di Malaysia, sepanjang yang saya ketahui, merupakan percubaan yang pertama dibuat dalam bahasa Melayu. Maka saya rasa tentu banyak kelemahan dan kekurangan dalam buku ini. Oleh itu, saya menerima dengan hati yang terbuka jika terdapat sebarang pandangan dan ulasan yang membina terhadap buku ini.
Wallahu'alam.


 



 

Tiada ulasan: